Sanitasi

KESELAMATAN MAKANAN.

Apakah maksud keselamatan makanan?

Keselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain.

 Mengapa Makanan kita mesti bersih ?

Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid, keracunan makanan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan Iain-lain.

Apakah perkara-perkara asas yang perlu diutamakan untuk memastikan makanan yang bersih?

    1. Kebersihan bahan mentah.
    1. Pengendalian makanan yang bersih.
    2. Kebersihan diri pengendali makanan.
    3. Keperluan kesihatan asas yang mencukupi.
    4. Premis makanan yang mempunyai persekitaran yang bersih.
    5. Rekabentuk premis makanan dan peralatan yang sesuai.
    1. Penyediaan dan penyimpanan makanan yang betul.

Aspek kebersihan dalam pengendalian makanan merangkumi;

a )      Pengendali  makanan.

b )      Bahan mentah.

c )      Peralatan yang digunakan.

d )      Persekitaran seperti dapur dan tempat menyediakan makanan.

 Siapakah itu pengendali makanan ?

Pengendali makanan adalah semua orang yang terlibat dengan penyediaan makanan daripada mula hinggalah makanan itu diambil atau dimakan. la adalah mana-mana individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan juga penjualan makanan.

 Bagaimanakah kita memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat?

Salah satu langkah bagi memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat adalah dengan menjaga kebersihan diri dan mengamalkan amalan kebersihan yang perlu semasa mengendalikan makanan.

 PUNCA PENCEMARAN MAKANAN

Pencemaran makanan terjadi apabila bahan yang tidak sepatutnya berada di dalam makanan tersebut.

Makanan yang tercemardan tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau kuman yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid, keracunan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan lain-lain.

Terdapat dua punca pencemaran :

a )      Kuman – Boleh didapati pada bahan mentah, sisa makanan, habuk, binatang-binatang, burung, tikus, serangga dan manusia.

Contoh : Penyakit – penyakit Bawaan Air/Makanan yang disebabkan oleh kuman.

»  Keracunan makanan.

»  Tifoid (Demam kepialu).

»  Kolera (Taun).

»  Disentri.

b )      Bahan asing – Seperti bahan kimia, habuk rokok, kepingan cat dan serpihan bahan pembungkusan.

BAGAIMANA MAKANAN BOLEH TERCEMAR ?

a )      Menggunakan bahan mentah yang tereemar.

b )      Menyediakan makanan dengan cara yang tidak bersih.

c )      Menggunakan peralatan yang kotor.

d )      Menghidangkan makanan dengan cara yang tidak bersih.

e )      Menyimpan makanan dengan cara yang tidak sempurna.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBIAKAN KUMAN

 *          Kuman adalah organisma atau hidupan yang sangat halus yang kebiasaannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilihat dengan jelas melalui alat mikroskop.

*          Kuman tersebar dengan meluas di udara, habuk, air, tanah dan terdapat juga pada haiwan dan manusia.

*          Tidak kesemua kuman adalah berbahaya. Terdapat beberapa jenis kuman yang berguna di dalam industri makanan, contohnya dalam pembuatan kicap, tempe, tapai dan sebagainya. Terdapat beberapa jenis yang  merosakkan
makanan   dan   boleh   mengakibatkan   penyakit   kepada   manusia   seperti pengeluaran toksin (racun) atau apabila makanan tersebut mengandungi kuman yang banyak.

 Faktor-faktor yang mempengaruhi pembiakan kuman

a. Makanan

»   Seperti seumur hidup di alam ini, kuman memerlukan makanan untuk hidup

membiak.     

Terdapat beberapa jenis makanan yang mempercepatkan pembiakan kuman

seperti  berikut:

i.       Makanan berprotein tinggi.

ii.      Makanan berkelembapan tinggi (kandungan air yang tinggi).

   Daging dan hasil daging.

   Telur dan hasil telur.

   Ikan dan hasil ikan.

   Susu dan hasil susu.

   Makanan yang sedia dimakan {ready -to – eat food).

b.    Suhu

Kuman yang menyebabkan penyakit dan jangkitan pada manusia dapat hidup dan membiak paling baik pada suhu badan (37°C). Walaubagaimanapun, kuman boleh juga membiak dengan cepat pada suhu diantara (10°C – 62°C). Suhu di antara 10°C – 62°C  ini dipanggil sebagai zon berbahaya.

 c.   Masa

Pada keadaan yang sesuai, kuman membiak dengan membahagi kepada dua bahagian yang sama setiap 20 hingga 30 minit.

Dalam pembiakan yang berterusan, satu sel boleh bertambah menjadi 17 juta dalam 8 jam dan 1 ribu juta dalam 10 jam.

 d. Air (kelembapan)

 Air adalah diperlukan untuk tumbesaran kuman.

BAGAIMANA KUMAN BOLEH MENCEMARI DAN MENYEBABKAN PENYAKIT

MANUSIA

a )    Kuman boleh tersebar daripada manusia ke makanan.

b )   Telinga,   hidung   dan   tekak   biasanya   mengandungi   kuman   yang   boleh

mengakibatkan keracunan makanan. Kuman boleh tersebar jika kita menyentuh

telinga, hidung dan mulut sebelum mengendalikan makanan.

c )    Batuk/bersin   berdekatan   makanan  boleh   menyebabkan   makanan  tercemar

  dengan kuman.

d )    Tangan mengandungi kuman yang boleh menjangkiti makanan.

e )    Rambut biasanya mengandungi kuman yang boleh mencemarkan makanan

  jika terjatuh ke dalamnya.

f  )    Tangan boleh dicemari oleh kuman berbahaya dari saluran usus apabila ke

  tandas. Jika tidak dibasuh dengan sempurna selepas menggunakan tandas,

  kuman   dari   tangan   boleh   mencemari   makanan.   Gunalah   sabun   semasa

  membasuh tangan.

g )    Kurap/luka yang terdapat atas kulit mengandungi  kuman.  Makanan  boleh

         tercemar dengan kuman jika mengendali makanan selepas menggaru.

h )    Udara mengandungi kuman yang boleh mencemari makanan jika tidak ditutup

 Semua binatang membawa habuk, kotoran dan kuman. Kuman boleh mencemar jika binatang dibiarkan menghampiri makanan. Tikus adalah berbahaya kerana boleh membawa kuman berbahaya dari longkang di mana mereka tinggal.

Sampah, terutamanya bahan buangan dari dapur mengandungi makanan busuk, makanan lebihan dan semuanya mengandungi kuman. Lalat dan serangga lain tertarik kepada sampah yang kemudiannya membawa kuman tersebut ke makanan. long sampah mestilah sentiasa ditutup.

a )    Habuk dan kotoran mudah ditiup angin ke atas makanan dan mencemarkan

  makanan.

b )    Udara mengandungi kuman dan kuman ini boleh mencemari makanan jika

   makanan tidak ditutup.

 

 

Leave a comment