RSS Feed

betul ker Bulan KITA tue Indah..??

Posted on

 

Bulan Itu…..Bulan Kita aaaaa…

Bulan Itu…..Memang Indah…

betul ker bulan tue kita yang punya.. orang selalu kata ‘cantik nyer cam bulan’..hehe hakikatnyer betul ker bulan tu indah.. saper jer yang pena tengok eks..

erm sapa lagi Datuk Sheik Muzafar la kan..

tapi yang kita nie.. takkan sekadar merenung bulan.. agak2 la kan boleh ker KITA nie menjejakkan kaki ke bulan untuk membuktikan yang bulan nie betul2 cantik dan indah..

bak kata diri saya sendiri la.. kalau pakwe or makwe korang cakap korang nie ibarat ‘BULAN NAN INDAH’.. tak payah pecaya la sampai terbang bak rama2 HAHA..sbb cube peke.. kalau la bulan tue lawa.. napa ramai pakat2 amik gambar jauh.. napa tak amik gambar ZoOmM terus kat muka bulan tue…

TAPI aper2 pun…CIPTAAN TUHAN adalah benda yang paling hebat…………..kalau tak takkan la banyak lagu2 yang ada perkataan bulan / moon / wat eve2 la….

Doa Rabitah

Posted on

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa dalam taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syari’atMu.
Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan
keindahan bertawakkal kepadaMu.
Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.

..Mentaati Ibu Bapa..

Posted on
RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” – (Surah Al-Isra’ ayat 23) Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: “Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar?”. Kami (sahabat) menjawab: “Ya, tentu wahai Rasulullah”. Baginda bersabda: “Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta”, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata “mudah-mudahan baginda diam.” – (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat. Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu.

Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua. Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya. Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: “Saya bertanya kepada Nabi SAW amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT?”. Baginda bersabda: “Solat pada waktunya”, saya bertanya lagi: “Kemudian apa lagi?”. Baginda bersabda: “Berbuat baik kepada kedua orang tua”. Saya bertanya: “Kemudian apa lagi?”. Baginda bersabda: “Berjihad di jalan Allah.” – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan.

Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT. Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang. Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. “Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan: “Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan. “Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman. “Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.. “Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran. “Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan.” Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: “Kamu dan hartamu milik ayahmu.” – (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT. Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga. Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa.

Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.

….Islam menganjurkan hormat, taat selagi suruhan mereka tidak melanggari hukum syariat…taatilah mereka selagi mereka masih ada….
– peringatan buat diriku yang lupa –

EXAM Season

Posted on
semoga kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.. doakan kejayaan bersama.. ma’at taufiq wan najah fi kullu imtiham, fid dunia wal akhirah.. semoga berjaya dalam semua peperiksaan di dunia dan akhirat..
amin..
apa-apa pun, usaha dulu.. sunnatullah perlu diikut.. nak berjaya perlu belajar.. cuma yang perlu diingat.. bukan sebab belajar kita itu, kita berjaya.. tetapi Allah yang menjayakan dan menggagalkan.. redha atas ketentuan Allah adalah salah satu rukun iman.. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu yang terjadi..
usaha.. doa.. tawakal.. redha..
“…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(Surah al-Baqarah [2]:216)
ya Allah, Engkau lebih mengetahui apa yang tidak kami ketahui.. dan Engkau tidak pernah dan tidak akan menzalimi hamba-hambaMu walau sebesar zarah sekalipun.. dan sungguh, segala yang telah Kau susunkan untuk kami adalah yang terbaik untuk kami.. telah dibentang dua jalan.. maka kamilah yang memilih jalan kami.. maka bantulah kami.. bimbinglah kami.. tunjukkanlah kami.. satu jalan.. yakni jalan yang lurus.. jalan orang yang Kau beri nikmat.. bukan jalan orang yang Kau murkai.. dan bukan jua jalan orang-orang yang sesat..
amin..
“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.”
(Surah an-Nisa’ [4]:40)
Allahumma yassir wa la tu’assir ya Kareem.. ya Allah, permudahkanlah dan janganlah Engkau menyukarkan, wahai Tuhan Yang Maha Mulia..
amin..
doakan kejayaan bersama..ya Allah, jadikan kami terdiri dari golongon orang-orang yang berjaya, cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam setiap ujian dan peperiksaan di dunia dan di akhirat..
Allahumma ja’alana minan najihin wal faizin wal mumtazin wal mutafawwiqin fi kulli imtihan wal ikhtibarat fid dunia wal akhirah..
amin..

 

peringatan buat diriku yang lupa